Rabu, 13 Mac 2013

Naik Bas Bersama Si Kecik

Akhirnya siap juga dokumen-dokumen yang diperlukan

Semua dah disahkan..aku ngan Faris menapak dari Blok A7 pergi sekolah

Berpeluh dibuatnya sebab salah sekolah

Ada ke patut en suami bagi direction salah..berwap cermin mata aku dibuatnya

Ari Selasa 5 mac kitorang bersiap untuk ke puchong

Tiket ntok ke KL pun member suami aku dah belikan

So dia juga akan tolong hantar aku dengan si kecik ke stesen bas

Ambik gambar jap sebelum keluar rumah...

Dugaan datang lagi..tiket aku kol 11pagi..kol 10.30 dah tercongok kat stesen bas

Tapi bas rosak pulak...terpaksa tunggu bas kol 12...

Si kecik tu mula la meragam je sebab dah terlebih waktu tido dia..selalu kol 10 pagi dia da tido

Bila naik bas mula la dia buat perangai..tak nak tido nak berjalan dalam bas tu..geram tol aku

Tak dapat berjalan mula la dia melalak..sampai 3 jam dia buat perangai..aku rasa mesti orang dalam bas tu stress je kan dengar Faris melalak...sabo je la...

Satu jam lagi nak sampai, baru la dia tido...kitorang dok kat single sit

Bas dah sampai Puduraya pun Faris masih tido..terpaksa la kejut kan dia

Aduhai berat tol bawa file folder ni, kasut lagi,baju x bawa banyak pun, tapi kena dukung si kecik ni lak sebab dia mamai lagi...

Aku lepak jap kat Puduraya tu belikan Faris susu ngan roti...pastu terus menapak ke Plaza Rakyat

Sampai kat TBS baru la si kecik tu ok sikit..dah hilang mamai dia..laju je jalan macam tahu je jalan..

Tengok la tu...siap ada penyambut tetamu lagi kat pintu tu


Dalam 10 minit menunggu mak ngah Faris pun sampai untuk jemput kitorang

Hari Khamis Faris ikut ibu pegi Putrajaya pulak..ibu ada interview kat SPP

Sian Faris asik berjalan je..waktu tido pun terganggu..makan pun tak berapa selera

Hari Jumaat kami gerak balik pulak

Tiket kol 12 tengah ari...sebelum naik bas wajib beli makanan

4 jam perjalanan tau..kebulur pulak si kecik tu nanti

Sebelum naik bas dia da sibuk nak makan roti

kali ni faris ok sikit..duduk kat couple sit paling depan sekali..luas la mata dia tengok depan tu

Agaknye dah kenyang makan roti terus dia tertido...senang sikit aku nak relax2

Kol 5 baru sampai Lumut..ayah faris datang jemput sebab dia da sampai lumut dulu kol 2petang

Akhirnya selesai sudah perjalanan  kami

Alhamdulillah




Tiada ulasan: