Ahad, 2 Jun 2013

Review Krim Garnier Light Complete

Assalamualaikum semua

Lama betul aku tak update blog ni

Malas sangat nak menaip

Tetiba hari ni rasa nak wat review krim garnier yang aku beli 2 minggu lepas

Masa hari ibu tu aku pegi Giant Manjung ngan en suami & Faris

Tak sangka lak dapat adiah hari ibu(beg isi tupperware,100 plus,keropok & pinggan kaca)

Giant ada buat sambutan hari ibu..dapat kek free lagi..sedap gak kek tu

Pas makan kek aku terus masuk guardian...misi mencari krim muka dimulakan

Sume krim aku belek..akhirnya aku pilih krim garnier light complete

Aku pun tak tahu nape aku pilih krim garnier ni

Sebenarnye aku dah pening nak pilih yang mana

Suami aku pun bergurau" pilih garnier je la, nanti lawa macam lisa surihani"

Aku pun ok je la..malas nak pikir banyak...bayar kat kaunter dengan harga RM16.75

Petang tu lepas mandi aku dah mula pakai...lepas cuci muka aku terus pakai krim garnier

Hari ni da genap 2 minggu aku pakai krim garnier light complete ni

Komen aku? Nampak perubahan yang positif pada kulit muka aku

Aku perasan bintik hitam da makin kurang la..sebelum ni walau aku da guna scrub pun bintik hitam masih ada..

Liang pori pun makin kecil...tapi masih nampak lagi la..takde la terus hilang..ni la masalh besar aku mengalami liang pori yang besar...kulit aku normal je takde masalah jerawat..

Selain tu,paling ketara kulit aku nampak makin bermaya ..sebelum ni kulit aku kusam dan kering je

Kalo nak kata makin cerah tu aku tak perasan la pulak..cuma aku rasa kulit aku makin berseri la tak malap je

Setakat 2 minggu ni je la hasil yang aku dapat kongsikan

Aku rasa kena tunggu sebulan lagi untuk tengok  hasil kulit yang lebih memuaskan

Ape-ape pun selama 2 minggu ni krim garnier ni da menunjukkan kesan positif yang memberi semangat untuk aku rajin jaga muka

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masa mula mula pakai ada keluar mcm ruam ke bintik bintik kecil tak kt muka?