Jumaat, 18 Jun 2010

Cara Lulur Yang Betul

Aku baru je berjinak-jinak menggunakan lulur
Dulu tak kisah pun
Dah nak kahwin ni tiba2 lak sibuk sangat nak jaga kulit
First time pakai lulur aku sapu je terus pas mandi
Tapi rupa2nya cara tu kurang tepat
Patutnya kena lap dulu baru
Sapu lulur badan tu
Pastikan badan lembab baru bole sapu lulur

Ni aku nak cite step by step, cara nak dapatkan kulit halus gebu.
Aku memang apply kan step ni. Tapi tak lah gigih sangat aku wat.
Time rajin je. Patut la tak berapa gebu kulit aku ni.
Tapi ada lah perubahan dari yang dulu.
Makin halus dah my skin nih.

Cara2nya:
1- Mandi dulu mcm biasa.


2- Keringkan tubuh dengan tuala bersih. Dalam keadaan kulit masih lembap sapulah lulur secara merata ke seluruh bahagian kulit kita. Termasuklah kat kwasan lipatan-lipatan, seperti leher belakang, ketiak, lipatan lengan, lipatan paha dan lipatan belakang lutut. Jgn lupa gak kat kaki yang selalu terkena debu-debu dan kotoran lain. Untuk part yang sangat kasar seperti tumit kaki, bolehlah guna batu gosok atau spon kasar.

3- Selepas semua bahagian kulit dah digosok dengan lulur scrub, bersihkan lulur dengan menggunakan tangan anda terlebih dahulu.

4- Keringkan badan. Pastu sapulah losyen. Rajinlah sapu losyen supaya kulit sentiasa lembap dan halus ye..

Tiada ulasan: