Sabtu, 8 Disember 2012

Ketahui Sikap Isteri Yang Suami Tak Suka

1- Bergaya Keterlaluan
Majoriti suami suka isteri nampak cantik bergaya. Tapi jangan melampau sampai beli pakaian, alat mekap dan aksesori yang suami tak mampu kan...Tu yang suami kurang gemar tu...Lebih baik ikut kemampuan tapi masih sedap mata memandang.

2- Suka Mengumpat
Islam sendiri melarang umatnya mengumpat. Sibuk dok ngumpat nasi pun tak masak lagi...

3- Menganggap Diri Serba Kekurangan
Kalo asyik mengeluh tentang kekurangan diri depan suami lama-lama dia pun bosan. Mungkin boleh jadi pertengkaran. Lebih baik kita perbaiki kelemahan diri dan tumpukan pada kelebihan yang kita ada.

4- Shoping Lama Sangat
Para isteri memang suka bershoping sampai berjam-jam..termasuklah tuan punye blog ni..best la dapat cuci mata tengok barang walaupun tak dapat belikan...Tapi para suami ni sakit hati tengok kita belek barang lama-lama sangat...Shoping sorang-sorang atau dengan member ok kot..minta la izin suami dulu.

5- Melenting Bila Dikritik
Ramai isteri melenting atau merajuk bila kena kritik oleh suami. Cuba kita terima kritikan itu dari sudut positif. Dan jangan sesekali fikir kritikan itu tanda suami tidak sayang kita lagi.

Tiada ulasan: