Selasa, 1 Februari 2011

Dah 5 Minggu

Hari ni rasanya usia my baby dah 5 minggu

Nak tahu apa perkembangan my baby skang

Terjah web2 yang berkaitan jap ye...

Ha..dah jumpa




From isteri.blogmas,com

Embrio terus membesar

Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm

Ectoderm adalah lapisan yang paling atas

Yang membentuk sistem saraf pada janin

Dan seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut

Lapisan mesoderm pula berada pada lapisan tengah

Akan membentuk organ penting iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif

Lapisan paling dalam iaitu endoderm

Akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati ,pankreas dan pundi kencing


From www.infoibu.com

Ukuran bayi anda sekarang lebih kurang biji apple

Pada minggu ini disebut embrio

Bayi sudah mempunyai jantung sendiri

Plasenta dan tali pusat sudah berfungsi sepenuhnya

Vesikel-vesikel otak primer mula terbentuk

Sistem saraf mula berkembang


Oh..my baby kecilnye

Sebesar biji apple je

Tak sabar nak tunggu dia membesar

Semoga my baby sihat walafiat ye...



Tiada ulasan: