Rabu, 2 Februari 2011

Cane Nak Bagi Tahu Mak Ek?

Puas aku cari idea nak menaip arini

Akhirnya.....aku berjaya mengeluarkan idea

Dengan tajuk yang agak panjang ni


Semua para puan-puan yang dah kawen

Dan mengandung ntok first time mesti rasa seronok and tak sabar

Nak bagi tahu husband and family kan

Aku pun sama gak

Lepas wat urine test

Dapat keputusan je terus bagi tahu en suami

Dengan en suami bole le ngade2 nak suh dia berteka-teki

Tapi cane nak bagi tahu mak ye

Nak cakap straight to the point ke?

Cam segan lak

Ape yg aku segan pun aku tak tahu

Hu..hu..hu..

Hampir seminggu aku menangguhkan hasrat nak bg tahu mak


Last2 aku dapat gak idea

Actually arini nak balik kg sebab mak aku nak wat

Tahlil ari Jumaat ni

Mak dah bagi tahu aku sebelum ni dia nak

Masak lauk Udang campur nenas untok tahlil nanti


So, pagi2 semalam aku tipon mak

Mak pun pelik la nape aku tipon pagi2 ni

Mula2 aku tanya dia da wat sarap lum

Wat la intro ckit2 kan..

Pastu mak aku tanya nape?

Macam dia tahu je ada benda yg aku nak ckp

Pastu aku bg tahu la

"Mak tak yah la masak lauk udang campur nenas tu"

"Nape lak?" Mak aku tanya tapi nada suara dia tu mcm tahu sesuatu je

"Nanti x leh makan"

"Oh..." macam dah tahu je mak aku ni.

"Dah konpem ke?" Mak aku tanya

Kan aku dah agak mesti dia dpt tangkap punye

Tak payah ckp straight to the point

Teror mak aku ni

Aku pun jawab ler "Dah cek doktor da.."

"Alhamdullahhh"

Pastu panjang jela la nasihat dia kat aku

Akhirnya lega rasa dah bagitahu mak

Bertambah ler cucu mak tahun ni

Hehehe...


2 ulasan:

idafirdausi berkata...

alhamdulilah... congrats syifa!

syifa berkata...

thank you ida.. :)