Ahad, 30 Januari 2011

Alkisah Dengan Doktor

Alkisah di suatu malam

Rasa tak sedap perut je

Bukan sakit perut

Rasa ape ni ek???

Rasa macam nak muntah je

Paksa diri unutuk tido

Akhirnye terlelap gak


Alkisah di pagi hari

Rasa mual lagi

Bangun pegi bilik air

Akhirnye termuntah jugak


Lepas mandi and solat siap2 nak pegi kelas

Oh....kelas cancel lak pagi ni

So, aku decide nak pegi klinik la

Encik suami dah pesan suruh cek doktor

Dah 2 minggu tak datang bulan ni

Daftar diri dan aku telah mengrequest

Dr. Norasikin sebagai doktor aku arini

Kalo tak request takut dapat doktor laki lak kan

Nama aku dipanggil and dapat nombor giliran

Ni lah nombor bertuah aku pada ari Selasa bersamaan 25 Jan 2010



Sampai jer giliran aku terus masuk bilik doktor

Doktor suh pegi lab wat urine test

Sekejap je pastu pak cik yang duty kat lab panggil

Dia bagi kertas laporan

"Bila nak bawa pulut kuning"

Aku dah blur, nape lak pak cik ni tanya pulut kuning

Dia gelakkan aku yang tercengan tenung muka dia

"Keputusan positif ni, mana pulut kuningnye"

Ohh.....baru aku faham...Alhamdulillah

Aku dah berisi rupenye


Pastu bawa report tu jumpa doktor

Doktor kira bape minggu dah usia kandungan aku ni

Dia kata 6 miggu dah

Aku angguk je

Tapi dalam fikiran aku rasa baru 4 miggu sebab

Lepas kawin tu aku datang bulan

Pastu 2 minggu tak jumpa encik suami

Betul ke aku kira ni?

Tak kisah ler bape minggu pun janji keputusan positif

Aritu gak bagi tahu kat my husband

Sukanye dia


Tadi doktor ada bagi Asid Folic untuk ditelan

Nasib baik pil tu kecik je

Kalo besar berangan ler aku nak telan


Risau sangat en. suami takut kalo aku mabuk

Sampai takleh belajar

"Takpe lah..doakan je ayang tak mabuk teruk ye"


Alhamdulillah sampai arini

Aku tak mabuk teruk

Cuma rasa lapa amat sangat

Tapi bila makan sikit je rasa nak muntah pula

Aku takde selera nak makan nasi

Tengok lauk yang banyak2 tu satu pun tak menyelerakan

Bangun pagi je perut rasa kembung

Pastu lapa je

Minum milo panas secawan dah kenyang


Harap2 aku tak ngidam pelik2

Sape nak layan selera pelik aku nanti kan

En suami dah ler dok jauh kat Lumut nun

Terpaksa le tahan je selera


Setakat ni cuma teringin nak makan pisang goreng tapi tak dapat

Aritu nak makan cucur udang pun tak dapat gak

Tapi takde lah sampai nak menangis kalo tak dapat

Masih bole kawal lagi


Ari-ari yang lepas nak makan sambal ikan bilis mak mertua

Balik cuti ni insya allah dapat hehehe..

Tunggu kedatangan menantu mu ye mak



Tiada ulasan: