Isnin, 28 Jun 2010

Melatah


Ape itu melatah?
Yang aku faham lah kan
Melatah ni perbuatan spontan diringi perkataan
Akibat terkejut
Contohnye "Oh mak kau"
Tapi melatah jenis ni kira ok lagi

Ada orang melatah siap gaya
Kaki tangan semua gerak
Ada yang melatah sambil menari
Ada yang melatah sambil menyanyi
Melatah macam ni kira sederhana la

Tapi kalau jenis yang melatah
Baling barang ke
Ketuk orang ke
Bahaya sikit lah kan
Orang keliling dia lah yang jadi mangsa

Tapi orang memang suka sangat
Mengusik orang yang melatah ni
Seronok lak tengok gaya derang melatah
Kadang2 orang yang kuat melatah ni
Menjadi tempat orang melepas tension

Contohnya ada la sorang brother ni
Nampak macho je
Tapi rupanya dia ni pelatah
Masa kitorang tengah keje
Ada je yang mengusik dia
Bila kena sergah or cucuk pinggang mula la dia melatah
Selalunya dia akan sambung perkataan yang orang sebut
Sambil melatah dia menari
Kadang2 dia lagukan perkataan yang kite sebut tu
Seronok tengok orang melatah ni
Tapi kesian lah dia penat kan...

Selama aku hidup ni lah
First time tengok lelaki agak muda melatah
Aku pun melatah gak
Tapi melatah ringan je
Setakat sebut "Oh mak kau"
Skang ni aku sedang berusaha
Untuk menghentikan latahan aku ni
Chaiyokk!!!!

Tiada ulasan: