Jumaat, 14 Mei 2010

First Meet

Tiba2 teringat kisah lama lak
Kisah pertama kali aku jumpa Mr Z
Bermulanya kisah cinton kitorang
Bila dia sibuk2 nak berkenalan
Dia amik nombor aku dari member dia
Member dia lak amik nombor aku dari tunang member aku
Mesti korang tak pam kan
Takpe abaikan..


Mula2 aku malas nak layan

Lama2 bila aku bosan sebab takde org

Nak layan mesej ngan aku

So aku pun layan la mesej dia

Mula2 aku tipu dia

Aku cakap aku keje kerani

Padahal aku dok study lagi

Pastu bila aku tanya dia macam2

Pasal family dia, Pasal keje dia

Aku tak sampai ati nak teruskan penipuan aku

Sebab aku dapat rasa dia tak tipu

Cerita pasal dia

Lebih kurang 10 bulan la kitorang dok mesej je
Dia ajak jumpa tapi aku tak nak
Aku tak pernah terniat nak jumpa atau tahu rupe dia pun
Aku suka layan mesej dia je
Sebab aku tak pernah pun terpikir
Nak kenal lebih rapat lagi


Ntah cane raya 2009 aku

Ajak-ajak ayam je dia datang beraya umah aku

Tak sangka lak dia datang malam tu

Gabra gak aku dibuatnya

Rasa cam tak nak jumpa je

Tapi dah terajak lak

Dia datang bertiga ngan member

Bila derang sampai je aku lari naik atas

Mak aku marah suruh pegi sambut tetamu

Dah aku punye tetamu

Terpaksa la aku berdiri kat pintu depan tu

Aku ajak derang masuk

Bapak aku keje shift malam

So aku entertain tetamu aku sesorang je

Malu la..

Aku betul2 tak tahu mana satu la Mr Z ni
Sorang tembam, sorang kurus tinggi dan sorang lagi kurus tapi tak tinggi
Aku agak antara 2 org yg kurus tu adalah Mr Z
Sebab aku penah tanya berat ngan tinggi dia
Complete biodata pasal dia aku tahu he..he..
Tinggi 172cm berat 63kg


Aku berlagak tenang

Tuang air kat dalam cawan

Tiba2 salah sorang dari 3 jejaka tu tegur aku

Ha..mesti dia Mr z..ye tepat sekali jangkaan ku..

Mr Z kurus tinggi and hitam manis

Dia pakai t-shirt putih masa tu

Tak hencem pun

Tapi kalo nak bandingkan ngan 2 lagi member dia

Mr Z ada lah manis ckit

Kitorang tak banyak borak

Aku pun malu2 kucing je

Dia pun cam senyap je

Aku kenal kan adik2 aku kat dia

Tapi tak sumelah

Mane yang dia nampak je

Sempat gak dia kenal ngan arwah adik aku Faiz

Faiz datang salam ngan derang masa kitorang

Dok borak kat ruang tamu bawah tu

Bila aku kenalkan mak aku

Dia kata mudanye...

He..he..

Mak aku baru umo 42 tapi anak sulung dah umo 25

Kawin muda lah katakan..

Dalam 40 minit kot derang beraya

Pastu nak balik da

Jam dah kol 10 lebih

Mr Z and his members dok kat Serting je

Perjalanan lebih kurang sejam la

Sejak dari first meet tu

Kitorang dok mesej tiap2 ari

Dulu2 mesej 2 3 bulan sekali je

Mesej paling sweet dia bagi lepas first meet tu

"Tak sangka awak ayu sangat"

He..he..

Sekian dulu cerita ntok edisi kali ni ye

Ta..ta..ta..

Tiada ulasan: