Bila Abang Faris dapat adik
Bukan main seronok lagi dia
Masa mengandungkan anak yang kedua ni, risau jugak aku memikirkan respon abang sulung ni bila dapat adik nanti
Takut dia jelous ke, tak suka ke, geram ke kat adik dia kan
Tapi sebaik je keluar dari labour room tu
Si Abang (umur 2 tahun 7 bulan) sambil didukung ayahnya berkata kepada ibu yang terbaring atas katil
"Ibu..ibu ada adik kan"si abang terenyum je sambil pegang botol susu
"Ye ibu ada adik..." ibu menjawab sambil memeluk baby baru..dalam hati sebak pulak tetiba...tak tahu la kenapa..mungkin sebab respon abang yang sangat positif bila tahu dia ada adik..
Kesian si abang kena tido dengan ayah sebab ibu dok wad lagi dengan adik
Selagi adik dia tak berak dan kencing tak boleh keluar wad lagi..
Besoknya ayah bagi tahu si abang tak mahu tido...si abang tu kalau tido suka gentel baju ibu sambil hisap susu sampai la terlelap
2 hari 2 malam dok wad baru la balik rumah
Tengok tu senyum lebar si abang
Abang Faris tido dengan adik Fikri
Posing dengan adik..hensem tak?
Posing camni lak
Kami dah botak
Adik tumbuk abang...adoiii
Abang nak tumbuk adik lak..
Abang jaga adik sampai tetido lak...
Bweekkkk
Gitu la ragam si abang dengan adik barunya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan