Isnin, 26 November 2012

Tip Pasangan Jarak Jauh

En Suami nak belayar dah minggu depan

Pergi Langkawi sebulan

Tinggal lah Pn Isteri berdua dengan Si kecik yang bijak

Sabo jelah ye...

Sejak tamat belajar ni..dah masuk 5 bulan dok berdua ngan anak

En Suami kena dok Pelabuhan Klang 

Kami ni dok tunggu je la dia balik rumah tiap2 minggu

Kesian jugak kat En Suami yang kena drive 3 jam lebih balik ke Lumut

Takpe la rezeki masing2 kan

So arini nak kongsi tip pasangan jarak jauh yang aku jumpa dari beberapa artikel

1- JANGAN CEMBURU BUTA
Cemburu tu normalkan..tapi jangan lah melampau sangat..berpada-pada lah..sejujurnya aku memang cemburu...tiap minggu check handphone suami....x jumpa ape pun..ok ke? :p

2- JANGAN SIMPAN RAHSIA
Perkahwinan mesti berlangsung secara telus..Dah dok jauh ni macam2 lah aku nak cite nak ngadu kat En Suami..hari-hari anta sms..tak pun call..dia pulak jadi tukang dengar la..jarang la lelaki ni nak kongsi cerita derang kan..harap takde simpan rahsia lah ye En Suamiku..

3- JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN
Timbang dengan baik sebelum buat penilaian. Percaya kan pasangan kita...Sentiasa la berdoa supaya jauh dari segala fitnah...



http://www.emocutez.com

Tiada ulasan: