Isnin, 6 Ogos 2012

Faris Masuk Wad

Sehari sebelum kena cucuk umur setahun faris demam

Pastu waktu magrib suara dia mula kasar dan macam takde suara

Malam tu badan dia agak panas gak..so aku letak sebiji panadol dalam botol susu dia

Sok paginye panas badan faris da kurang tapi suara dia makin teruk

Kol 10 pegi klinik cucuk untuk MMR...nasib baik dia nangis kejap je

Malam tu dia asik meragam tak leh tido...nafas pun berbunyi macam tersekat

Risaunye aku dengar nafas dia macam sempit je..dia mula batuk..bunyi ala2 'dog barking'

Kesian tol dengar bunyi batuk macam tu..mesti sakit tekak

Sok paginye pegi klinik..doktor agak faris semput..pastu bagi sedut gas..tapi bunyi nafas dia tetap tak berubah

Bunyi nafas memang kuat..batuk2 macam 'dog barking'

Pastu kena refer hospital...sampai hospital pun derang suh sedut gas gak

Cukup 3 kali sedut gas..tapi bunyi nafas faris tetap sama...

Doktor cek sekali lagi...dan keputusannya faris kena penyakit CROUP

So kena tahan wad la cite nye....

Adoi yai...malas tol dok wad...

CROUP ni memang selalu jadi kat kanak2 atau bayi

Anak aku baru genap setahun

Memang hobi dia masuk mulut semua benda yang dia jumpa

CROUP ni adalah kesukaran bernafas dan batuk seperti bunyi dog barking

Nafas berbunyi kuat sebab bengkak pada salur suara

Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria, alergik dan lain2


Punca Faris  kena penyakit ni mungkin sebab dia suka masuk barang2 dalam mulut

Kepada ibu2 yang nak tahu lebih lanjut pasal penyakit ni boleh baca disini (sila klik)

Faris kena tahan sehari je dalam wad

Selepas sedut gas khas untuk kurangkan radang tu sebanyak 3 kali..suara faris pulih

Dia da bole bersuara macam biasa dan tak meragam lagi

Lega tengok dia dah tak meragam lagi

1 ulasan:

AIN NAZRI berkata...

siannya.. festime dengar penyakit CROUP ni.. kena hati2 lepas ni.. Auf pon suka sgt masuk bende dalam mulut