Jumaat, 14 Januari 2011

Flashback 2010

Macam2 peristiwa pahit manis yang berlaku pada

Tahun 2010 yang lepas

Awal tahun 2010 aku dpt laptop baru

24 jam dok menghadap laptop baru


Tapi baru je 2 ari seronok dpt laptop baru

Aku dikejutkan dengan pemergian adik lelaki aku

Pada 4 January 2010

Rasa macam mimpi je dia pergi buat selamanya

Last aku jumpa dia raya haji bulan Dis, 2009

Terkilan betul aku tak dpt jumpa dia

Lagi terkilan sebab aku lupa nak wish besday dia 20 Dis 2009 tu

Aku cuma mampu berdoa supaya dia selamat disana


Saat aku sedih kehilangan yang tersayang

Si dia lah yang selalu mengubat hati yang lara ni

Then, we decided tu engage

17 April kami mengikat tali pertunangan

Aku harap hati mak terubat dari kesedihan dengan pertunangan ni


Bulan Mac aku dpt anak buah baru

Anak adik aku dah masuk 2 da

Akak dia ni baru nak tunang ha..

Rezeki masing2 kan


Raya Aidilfitri 2010 suram je

Masing2 masih sedih dengan pemergian adik lelaki aku

Adik pompuan aku pun tak balik raya

Dia ikut suami beraya Sabah


Bulan Disember 2010 aku harap family aku dah tak bersedih lagi

Aku harap majlis kenduri pernikahan kami buat kami kembali ceria

Kami dinikah kan di masjid pada 4 Dis 2010

Cuaca tak berapa ceria

Hujan dari pagi sampai tengah ari

Nak berarak pun tak dpt

Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik

Walaupun ramai tak dpt hadir sebab hujan


Rasanye ni je lah memory 2010

Yang masih segar dalam ingatan aku



Tiada ulasan: