Rabu, 16 Jun 2010

Boleh, tapi


Semua orang suka nak menjaga kesihatan kan.
Ada beberapa perkara yang kita tak boleh berlebih-lebihan.
Sederhana adalah amalan kita sebagai muslim kan.
So kat sini saya nak kongsi sedikit maklumat kepada dengan anda sume ..

1 - Minuman tenaga
Jangan membiasakan diri turun minuman ini. Sebab selalunya minuman ini mengandungi kafein dan pemanis buatan. Kita akan rasa cepat kenyang tapi akan ketagih. Pemanis buatan boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dan boleh menyumbang kepada masalah obesiti.

2 - Kopi
Kafein dalam secawan teh sebenarnya baik untuk kita. Kafein meningkatkan kadar adrenalin dan menjadikan kita lebih segar. Selain itu kafein juga akan meningkatkan penggunaan lemak tubuh untuk menghasilkan tenaga. Tapi jangan minum lebih dari 2 cawan sebab ia bole menyebabkan otot lenguh2 dan sakit kepala.

3 - Tidur
Tidur baik untuk mengembalikan tenaga. Tapi kalau banyak sangat tidur otot boleh lemah dan kita mudah lesu.

Tiada ulasan: