Ahad, 28 Februari 2010

Kau Pergi




Tarikh 4 January 2010


Jam menunjukkan lebih kurang 12 tengah malam
Mata aku pun kuyu dah ni
Tiba2 tipon aku berdering
Tertera nama Kak Yati sepupu aku
Aku jawab panggilan
"Siti sabar ye"
Aku hanya menunggu patah kat seterusnye
"Faiz accident dengan Faisal"
"Dia koma, Siti balik la ari ni. Sian kat mak"
"Balik ari ni jugak tau..Ajak Mar sekali"
Aku tak rasa risau sangat pun pasal dia masa tu
Cane nak balik tengah malam ni?
Pagar hostel dah tutup
Lagipun dia koma je
Pagi sok je la aku balik
Tu lah perkataan yang bermain dalam otak aku
Aku terus tipon Mar
Dia pun setuju balik pagi sok
Aku tipon rumah
Amirul yang angkat tipon
Aku tanya mak mana?
Amirul kata mak kuar dah pegi hospital
Aku dengar suara Amirul lain macam
Tapi aku terus letak tipon
Teruk sangat ke Faiz accident?
Aku tak tahu perasaan aku masa tu
Aku macam da lali dengan perkataan
'Faiz accident'
Dia dah 2 kali accident sebelum ni
Tapi dia ok je pastu
Agaknye sebab tu aku rasa dia tak ape2 accident kali ni
Kak yati kata dia koma
Tapi aku macam tak terusik pun ngan perkataan koma tu
Aku yakin dia ok

Baru je aku letak tipon
Tiba2 Kak Yati mesej
Mesej dia ringkas je
"Faiz da meninggal"
Aku keliru dengan maksud mesej tu
Tiba2 aku rasa gurauan ape tengah2 malam buta ni
Aku baca mesej tu banyak kali
Aku tenung perkataan tu satu-persatu
Aku terduduk sambil menggenggam erat hanphone
Tiba-tiba air mata aku mengalir
Semakin deras air mata aku mengalir
Aku terus teresak-esak
Aku tekup mulut aku
Takut roomate aku dengar lak aku nangis
Nape aku nangis ni?
Aku yakin Faiz ada lagi..
Mungkin Kak Yati salah terima maklumat
Aku yakin kan diri, Faiz ok
Tapi aku terus teresak-esak

Malam tu jugak aku balik ngan mar dan laki dia
Sepanjang jalan aku nangis je
Aku rasa nyesal tak balik ari jummat lepas
Nyesal sangat....
Aku terpikir alangkah bagusnye kalau aku tahu masa depan
Dapat lah aku selamat kan adik aku

Sampai rumah mak dah pukul 4 pagi
Kat luar rumah, kawan2 Faiz dok berkumpul
Aku berdiri kat depan pintu
Rasa tak sanggup terima kenyataan dia da terbaring kaku
Aku langkah perlahan2 memanjat tangga rumah

Kat ruang tamu


Faiz terbaring kaku
Mak, ayah adik2 duduk keliling dia
Aku pandang je dia dari jauh
Faiz nampak tenang je macam orang tido
Aku tak tahu ape perasaan sebenar aku skang ni
Aku tak rasa nak menangis lagi
Aku tengok dia tak ape2 pun
Tak nampak pun luka sebab badan dia dah berselimut
Aku terus pegi masuk bilik air
Keluar bilik air aku terus pegi dapur
Aku tak tahu nape aku macam mengelak nak tengok dia
Aku tak nak terima kenyataan dia dah tak de
Aku rasa macam dia tengah tido
Aku ke hulu ke hilir kat dapur tu
Tiba2 aku melutut
Air mata aku terus mengalir deras
Aku teresak sorang2 kat dapur

Mar ajak aku aku naik atas tengok Faiz
Aku buat tak dengar
Aku tak nak tengok dia
Aku tak nak nampak dia dalam keadaan kaku
Mar panggil aku sekali lagi
Akhirnye aku naik gak
Aku dok belakang Mak
Aku tak nak duduk rapat dengan Faiz
Dalam hati aku tetap berkeras dia hidup lagi
Aku rasa dia memang tengah koma
Dalam hati aku menjerit-jerit suruh dia bangun
"Faiz cepatlah bangun. Nanti orang tanam kau"
Aku tak nak pegang dia
Aku tak nak rasa badan dia yang kaku tu
Aku takut aku tak boleh kawal perasaan
Aku renung Faiz dari jauh
Baru aku perasan muka dia calar ckit
Kaki dia pendek sebelah kanan sebab patah
Tapi aku tetap rasa dia hidup lagi
Patah kaki ngan tangan kanan je
Dalam hati aku terus berharap dia bangun
Aku harap sangat dia bangun sebelum orang kebumikan dia
"Cepatlah Faiz bangun. Kau tido je kan"

Jam dah hampir pukul 10 pagi
Faiz dah dimandikan
Aku tengok dia dikapankan dari bilik atas
Tiba2 pipi aku rasa panas
Air mata aku turun makin deras
Aku sedih sangat
Dia tak nak bangun juga
"Faiz cepat lah bangun.."

Mak, ayah adik2 aku cium Faiz
Giliran aku pulak cium dia
Aku sentuh perlahan kepala dia
Aku tenung muka tenang dia
Lepas ni aku tak dapat lagi nak bergurau ngan dia
Aku selalu pijak kaki dia bila dia tengah baring
Lepas ni aku tak dapat mesej dari dia minta kredit lagi


Lepas ni aku tak dapat dengar dia merengek minta henpon ngan laptop aku lagi


Lepas ni aku tak dapat dengar bunyi deruman enjin motor dia lagi


Lepas ni aku tak dapat lagi dengar nyanyian dia yang sumbang tu


Lepas ni aku tak nampak lagi dia tergolek kat depan Tv ngan tilam busuk dia


Lepas ni tiap kali balik kampung dia tak jemput aku naik motor lagi


Aku tak dapat dengar permintaan telur goreng dari dia lagi


Banyak sangat kenangan...


Banyak lagi benda aku nak buat dengan dia


Tak puas lagi aku borak ngan dia


Tak puas lagi aku bergurau ngan dia






Aku cium dahi Faiz perlahan



Terasa dahi dia sejuk macam ais



Baru la aku yakin dia dah pergi



Faiz dah pergi.....



Dia tak cakap ape-ape pun dengan aku



Last kitorang borak pasal henpon



Dia minta tukar pakai henpon dengan aku



Tapi aku tak nak bagi



Aku nyesal tak nak bagi dia pakai



Kalau aku tahu dia pergi dulu



Semua aku buat untuk dia



Aku teresak-esak beria-ia



Aku cuba tahan tapi tak boleh

Aku makin tak dapat tahan sebak dalam dada



Bila muka Faiz da ditutup



Akhirnya Faiz tak bangun juga....



Dia dah pergi untuk selamanya....




SELAMAT TINGGAL FAIZ



SEMOGA KITA JUMPA LAGI



I REALLY MISS YOU



MOGA TUHAN SENTIASA MERAHMATIMU
I LOVE YOU MY BROTHER

1 ulasan:

fateenrafhan berkata...

aslmkm...thanks sudi dtg blog sy..

sedih pulak ble baca entry ni, mnitis air mata sy..salam takziah ye buat putri syifa dan kluarga...smoga arwah dirahmati Allah senantiasa,dan berada dalam kalangan org2 yang beriman..aminn..
al-fatihah...