Sabtu, 8 Ogos 2009

Orang kata VS Atuk kata


ORANG KATA... enjoy sana sini sementara muda, hidup panjang lagi, bergaulbebas la lelaki pempuan, dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA....orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masihpanjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.Innalillah.....
AKU RASA...betul jugak tu tuk..

ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study... past year papers.. etc.. etc..etc..
ATUK KATA... exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah adasilibus untuk diikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu, banyakpula tu peringkat ujiannya, Mungkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide...
AKU RASA... betul jugak tu tuk..

ORANG KATA... have fun on your birthday, panggil kekawan dan sedara mara,berpartilah sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat...
AKU RASA.. betul jugak tu tuk..

ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah,makan lazat.. baru hati puas!!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??? dah cukup ibadah nak tempah kuburluas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikiruntuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA... betul jugak tu tuk..

ORANG KATA... successful people have a good time management, ada bisnes dikl, new york, tokyo.. masih sempat berkempen untuk pilihanraya,masih sempatmelepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari, tapi... ada masa keuntuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selakAl-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk ibu bapa di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA... errrr.. betul jugak tu tuk..

Tiada ulasan: